Support

Assalamualaikum...

Menggamit selera masa bulan ramadhan lepaih RENDANG TOK a.k.a RENDANG PADANG MAK SITI. Terbaik....

Tahun depan pulak la nak jumpa lg rendang ni...
Sapa2 yg dah cuba mmg terbaik..

Sedap oiii tak tau nk habaq.. 

Nak rasa nanti tahun depan mai la beli... 
Kalau ada rezeki kita jumpa lg noo..

LOKASI: BAZAR RAMADHAN TAMAN WIRA

Ok 


Anda terlalu sibuk bekerja dan tidak berkesempatan untuk bersenam di gim atau berjalan di luar? Kalau begitu, mengapa tidak luangkan sahaja masa bersenam di tempat kerja.
   
Bagi mereka yang sibuk bekerja dengan sebahagian besar masa setiap hari berada di pejabat, mereka boleh melakukan senaman di atas kerusi kerja tanpa perlu keluar atau ke gim.
   
Ahli terapi kesihatan dari Krogh Consultancy Sdn Bhd, Ar'nie Rozah Krogh berkata, senaman selama 15 minit sehari dapat meredakan tekanan mental dan fizikal berkaitan kerja.
   
"Lima belas minit itu sudah cukup bagus, tapi tentunya kalau dapat bersenam lebih lama adalah lebih baik.
   
"Namun, bersenam 15 minit sehari ataupun 105 minit seminggu adalah saranan tempoh paling minimum untuk menjamin kecergasan diri di samping boleh mencegah penyakit berkaitan organ," katanya kepada Bernama di bengkel 'Holistic Health In The Office' yang dianjurkan Pusat Kecemerlangan Bernama, baru-baru ini.
   
Ar'nie berkata kaji selidik menunjukkan 65 peratus daripada pekerja pejabat mendapat sakit kerana tekanan di tempat kerja dan 35 peratus lagi disebabkan kecederaan fizikal.
   
"Lebih ramai mereka di negara maju dilaporkan mati berikutan tekanan kerja, dengan tekanan juga boleh mengakibatkan penyakit seperti sakit jantung, diabetes dan penyakit lain," katanya.

Ini antara kaedah senaman kat dalam pejabat.

Kaedah Senaman 1

Kaedah Senaman 2

Kaedah senaman 3

Kaedah Senaman 4
Ini semua boleh dilakukan di pejabat sambil tgk komputer.  Semoga tips2 ini dapat memberikan inspirasi dan motivasi kepada kalian untuk merancang aktiviti senaman mulai sekarang.Bersenamlah untuk kesihatan..

Salam semua... 
Diam tak diam dah 5 hari dah kita dalam bulan syawal..
hari ni baru nak buleh update status blog ni...
haa ni saya nak kongsi la ngan kengkawan suasana sebelum sambut hari raya aidilfitri pada tahun ni...
meriah sangat kalau dipandang... ok saya pun tak mau sembang panjang.. jom kita tengok sama2 yaa...



Suasana Malam Raya Di Pekan Rabu Alor Setar 1

Suasana Malam Raya Di Pekan Rabu Alor Setar 2


Sup Gear Box di Hari Raya Pertama

Sup Gear Box di Hari Raya Pertama
Lemang Menu kedua
tu dia ni lah yang berlaku di alor setar masa malam raya.. yg menu makan tu santapan di pagi hari raya ibunda yang siapkan... pagi-pagi dah kena sup gear box... ok kawan2 ni ja dulu yaa.. nanti saya share lagi dalam segmen raya-raya kat pulau langkawi pulak... okk....



SETIAP 20 Oktober diperingati sebagai Hari Osteoporosis Dunia.
Melakukan aktiviti fizikal secara teratur dengan cara pemakanan yang kaya kalsium dan vitamin merupakan tindakan pencegahan yang penting untuk menjaga tulang Anda tetap kuat.
 
Kalsium adalah salah satu zat gizi agar tubuh terhindar dari pereputan tulang atau biasa disebut osteoporosis. Sumber kalsium banyak diperoleh dari manapun. Kalsium adalah mineral yang ditemukan secara khusus di dalam makanan, termasuk produk susu, produk protein, dan air.
 
Mau tahu apa lagi selain kalsium? Berikut beberapa zat gizi yang berguna bagi Anda agar terhindar dari osteoporosis, 



Buah-buahan dan sayuran
  
Dalam semua makanan ini, kalsium dapat diserap dengan lebih baik jika diambil bersama dengan sayuran dan buah-buahan. Sayuran dan buah cenderung mengurangi\kan keasaman organisme yang dapat meningkatkan demineralisasi.
 
Jangan makan terlalu banyak daging dan garam
 
Terlalu banyak ambil kopi, garam, atau protein yang berasal dari haiwan dapat meningkatkan ekskresi kalsium dalam urin (kalsium tidak terserap oleh tulang dan malah terbuang).
 
Vitamin D
 
Setelah diproses, kalsium akan mengikat tulang dengan vitamin D. Vitamin D banyak terkandung di dalam minyak hati ikan, kuning telur, mentega, dan keju.
 
Sinar ultra-violet memungkinkan sintesis vitamin ini. Tak perlu berlebihan, terkena sinar matahari tanpa mengenakan pelindung di tangan, lengan dan wajah selama satu jam untuk dua atau tiga kali sehari sudah cukup. Namun, orang dengan kulit gelap perlu terkena sinar matahari sedikit lebih lama. Suplemen vitamin D juga diperlukan selama musim dingin di daerah yang kurang cerah dan kurang mendapat sinar matahari, terutama bagi orangtua.


Semoga kita dapat info untuk terus lebih sihat...

SELAMAT HARI RAYA SEMUAA..

Haa nii lah makan target aku hari raya pertama nanti... tengok pun dah tak sabaq dah... ni mesti semua minat kan.. kalau yg dok area2 selatan mgkin ada kot no yang buat ketupat palas nii... biasa depa mkn ketupat nasi.. tapi apa pun kalau mau utara jgn lupa rasa ketupat palas yaa... pekena ngan kari ayam plak.. ya adoi... lapaq la plak... haha..ok...





( Ditambah pulak dengan kari kat bawah nii)








Salam semua..

Hari semakin hari waktu dan teknologi berubah.. 10 tahun dulu nak tepon sedara mara, marka(Awekz) ka kena keluaq p kat pondok telepon haa bergayut la berjam-jam, ada yg cross line berakaq la nak tunggu haahaa... la ni dah canggih smua pakat ada tepon sorang satu, ada warna ka tak dak warna ka janji ada blh wat call sapa2 bila kecemasan...  Hari ni aku nak share la skit gmbaq2 kenangan public phone ni.. tah masih ada atau pun tak dak lagi la ni... kat KEDAH masih ada lagi tapi susah jugak la nak dapat yang betui2 elok dan boleh diguna.... ok kawan2 jom tengok yaa... layann...









Ni lah telepon yang sempat aku kongsi ngan kawan2 semua.. kalau nak ikut perkembangan... tak dan oiii.... esok beli yg baru.. 2 3 hari kluaq yg baru plak.. ya adoi... parah duit cm ni.. ok kawan2... 
selamat berkongsi...