Support

Peluang rebut piala Regu Terbuka Langkawi

Darulamanku Live | 11:26 PM | 0 Komen Penyokong


KEJOHANAN Sepak Takraw Antara Regu Terbuka Langkawi 2011
merebut Piala Datuk Wan Salleh Wan Isa yang bakal berlangsung pada
30 April dan 1 Mei depan menyediakan ganjaran wang tunai sebanyak
RM7,500 sebagai rebutan.  Kejohanan itu dianjurkan Kelab Myvi
Langkawi dengan kerjasama syarikat peralatan sukan sepak takraw,
Gajah Emas Sdn Bhd di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan
Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Langkawi akan bermula pada jam 8 pagi.

Juara akan menerima hadiah RM3,000, naib juara RM2,000 dan ketiga, RM1,000.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Ridzuan A Razak, berkata kejohanan
turut menyediakan hadiah bagi pasukan y6ang menduduki tempat keempat iaitu
RM500 manakala regu yang menduduki tempat kelima hingga kelapan masing-masing
 akan menerima RM250.

Menurutnya, penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia
dengan setiap regu dihadkan empat pemain.
“Setiap regu dibenarkan menurunkan hanya seorang pemain yang pernah
mewakili negara pada Kejohanan Sukan Sea ataupun Sukan Asia dari
2005 sehingga 2011 dan selebihnya pemain yang pernah menyertai
Grand Prix Kebangsaan, Sukan Malaysia, Belia Kebangsaan dan Maksak,”
katanya.

Bayaran penyertaan RM150 dikenakan bagi setiap regu dan maklumat
lanjut mengenai kejohanan boleh diperoleh daripada Ridzuan menerusi talian
013-4568158 dan 017-4478739 atau Mohamad Rohaizat Busu 017-4356353.

Category:

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 Komen Penyokong