Support

SMK Tengku Putra juara baru.

Darulamanku Live | 11:28 PM | 0 Komen Penyokong


SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Putra muncul juara baru 

Kejohanan Bola Sepak Bawah 18 Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (

MSSD) Langkawi 2011 selepas membelasah SMK Ayer Hangat 6-0 di Langkawi, 

baru-baru ini.

Bermain di depan lebih 1,000 penonton di Stadium Langkawi, 
pasukan itu mara ke final selepas mengalahkan pencabarnya, 
Sekolah Menengah Teknik Langkawi 2-1 di peringkat separuh akhir.

Terdahulu, Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Melaka muncul juara 
Bawah 12 selepas menewaskan SK Seri Negeri 4-3 di final. 
Kedua-dua pasukan terikat 3-3 sehingga wisel penamat separuh 
masa kedua dibunyikan yang menyaksikan perlawanan berlanjutan dalam 
masa tambahan dan akhirnya memihak kepada SK Ulu Melaka.

Di separuh akhir, sekolah itu menewaskan SK Kelibang 5-2.

Category:

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 Komen Penyokong