Support

Tahukah anda? Apa itu Penipuan "SCAM"? Sila Klik....

Darulamanku Live | 6:50 PM | 0 Komen Penyokong

Assalamualaikum diucapkan,

Kembali sekali lagi saya ingin berkongsi INFO bersama anda tentang kes penipuan yang semakin menjadi-jadi sekarang ini. Dalam artikel saya semalam menyatakan tentang penipuan pelaburan yang menjaminkan untung besar dengan  berbagai cara.

Hari ini saya ingin sekali lagi berkongsi dengan anda tentang satu lagi penipuan yang dikenali  Penipuan "SCAM".


Apakah itu SCAM?
--SCAM ialah penipuan yang dilakukan oleh mereka yang suka menyorok/merahsiakan identiti mereka.

Di sini terdapat cara atau formula untuk anda mengelak dari terkena penipuan SCAM ini.
Katakan "NO SCAM".

NAME 
SCAM dilakukan oleh mereka yang suka menyorok identiti mereka.  Pastikan anda ketahui nama sebenar dan juga maklumat peribadi siapakah yang mengendalikan sesuatu pelaburan atau peluang menjana pendapatan itu.

OVER PROMISE
Pelaburan atauu peluang yang menjana pendapatan yang diberikan adakah ianya oer promising atau janji yang berlebihan dan tidak masuk akal.  Kebanyakkan SCAM akan menipu mangsa dengan cara membuat janji-janji manis berebihan atau OVER PROMISE.

SEARCH
Anda perlu membuat carian.  Cara yang mudah adalah menggunakan enjin carian di dalam internet dengan menaip nama pemilik program tersebut.

CONTACT
Pastikan maklumat lengkap syarikat atau perniagaan tersebut.  Jarang sekali mereka mendedahkan alamat, nombor telefon, cara untuk dihubungi dan lain-lain.  Sekiranya ada cuba hubungi secara terus untuk memastikan kewujudannya.

ASK
Tanya orang ramai. Kenalan dan tanya juga kepada pakar industri.  Jangan hanya tanya kenalan yang mempromosikan sesuatu program tersebut kerana mungkin mereka juga tertipu dengan SCAM.
Tanya orang lain juga supaya kita lebih banyak maklumat tentang sesuatu program pelaburan.

MAKE SURE
Pasikan anda melalukan kesemua duatas, ulang kembali langkah N-O-S-C-A-M  sehingga anda 100% berpuas hati dan rasa selamat dengan pelaburan anda.


Sekiranya anda tertipu dengan SCAM, bukan sahaja anda mengalami kerugian wang ringgit, tetapi anda juga akan merugikan masa dan usaha anda dlam memperolehi dan menjana wang tersebut.

Dan yang penting juga anda akan kehilangan keyainan dalam memulakan perniagaan dan pelaburan yang sebenar.
     

INGAT!!
Betapa mudahnya masyarakat kita terpedaya..
hanya melihat keuntungan semata-mata sehingakan apa yang dibina musnah segalanya.


*Beringat-ingatlah lah semasa membuat keputusan untuk masa depan keluarga, buatlah pelaburan secara bijak.  Buat pelaburan di tempat yang betul dan berdaftar.

Category:

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 Komen Penyokong