Support

Cuaca Panas : Nasihat Kepada Orang Ramai

Darulamanku Live | 8:44 PM | 0 Komen Penyokong


Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut  contohnya akibat strok haba
.
    Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:

    • Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
    • Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang   lebih muda).
    • Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
    • Penghidap penyakit sistem pernafasan.
    • Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

    Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada  penyejatan/ pengeringan peluh.

     Gejala cuaca panas melampau adalah :
    • Sakit kepala.
    • Keletihan.
    • Lemah tumpuan
    • Pening Lemah otot–otot atau kekejangan
    • Mual dan muntah


    Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).


    Cara  mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:
    Anda Perlu :
    • Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
    • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
    • Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
    • Hadkan aktiviti luar
    • Kerap berehat
    • Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
    • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
    • Pakai topi atau payung yang besar 

    Elakkan:
    • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
    • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
    • Bersenam dalam cuaca panas

       Jika anda  mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas,  ingat tip-tip di bawah;
      • Keluar dari kawasan yang panas
      • Tanggalkan pakaian yang ketat
      • Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
      • Gunakan kipas untuk sejukkan badan
      • Minum air setiap 15 minit
      • Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal.

        Category:

        About GalleryBloggerTemplates.com:
        GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

        0 Komen Penyokong