Support

Apa Tujuan Anda Membina & Menulis Blog?

Darulamanku Live | 8:33 PM | 1 Komen Penyokong



Rekaan dan penulisan yang baik, anda pasti sudah memiliki blog pribadi. Saya yakin isi blog anda adalah cermin dari kepribadian anda. Tulisan yang anda buat merupakan sebuah ungkapan khusus dari dalam pikiran dan perasaan anda.

Selama anda membuat banyak artikel, dapatkah anda rangkumi, apa tujuan anda membina blog?
Saya tidak akan menarik kesimpulan lebih kat sini, biar anda yang menjawabnya. Bagi saya, blog merupakan sebuah keajaiban.
Saya sendiri baru mengenal blog pada tahun 2007. Saya termasuk newbie di dalam dunia blogging. Dahulu saya tidak merasakan manfaat sebuah blog. Saya bingung nak tulis apa didalamnya. Mungkin hal ini disebabkan kemampuan saya untuk menyatakan pendapat terlalu lemah, masih sangat sedikit.
Bagi saya saat ini, blogging merupakan sebuah rekaan genetika kerja otak. Saya terus mengasah kemampuan saya berpikir, dan menyampaikan pikiran saya kepada pembaca, dan berusaha sebaik mungkin supaya pesanan yang ingin saya sampaikan kepada anda, akan anda terima sesuai dengan harapan saya.
Cita-cita saya masih jauh. Blog saya masih biasa-biasa saja. Saya ingin memiliki blog yang benar-benar profesional, baik dari segi artikel, maupun dari segi desain dan SEO.
Saya masih mencari dan mencari bentuk yang terbaik menurut target saya. Mungkin pada saat itu, tujuan saya membuat blog akan jauh lebih rumit daripada saat ini. Dengan masa yang diluangkan agak sedikit berbanding sesiapa yang mempnai masa sepenuhnya di depan komputer.
Mungkin saja pada saat itu cerita bukan lagi sebuah keinginan dalam menulis sebuah blog.
Apakah blog harus di wangkan? Belum tentu juga. Tapi, alangkah sempurna nya sebuah blog jika boleh menghasilkan wang bagi pemiliknya, dengan atau tidak sengaja.
Saat ini, makin banyak cara untuk menjadikan blog sebagai sumber pendapatan sampingan kita. Blog yang popular  dibagi menjadi beberapa kategori. Popular dalam artikel di tulisannya, dan popular dalam artikel si penulis itu sendiri.
Wang akan datang dari tulisan yang berpopulariti itu sendiri, semakin mudah dicari oleh search engines, dan semakin banyak pengikut sebuah blog, tentu ini akan menghasilkan wang secara tidak langsung.
Jika penulis menjadi terkenal , blog akan menjadi sebutan ramai dikalangan blogger lain, yang membuat si penulis makin terkenal dan mendapatkan banyak tawaran kerja, atau kerjaya di luar dari dunia blogging nya, hanya kerana tulisannya disukai ramai dari kalangan tertentu.
Wang akan menjadi tujuan utama blogging, atau sebaliknya, wang juga akan menjadi tujuan akhir sebagai pendapatan sampingan dari hasil tulisan anda.


Apapun status pendidikan anda, jika anda sudah mula menceburi dunia blogging ini, anda sudah mulai mengubah kehidupan anda sebgai seorang penulis secara tak langsung.
Pilih yang mana mungkin akan mengubah diri atau kehidupan anda?
Disini saya ingin  berkongsi dengan semua blogger apa yang saya telah lalui sebelum kenal dengan dunia blogging ini, sekarang saya ingin mengasah lagi idea dalam dunia blogging ini.
Kepada yang telah berjaya dalam dunia Blogging ini.. TAHNIAH DIUCAPKAN... Bagi yang baru menceburi bidang ini teruskan usaha sehingga berjaya... jangan berputus asa dan cepat mengalah...kerana semua itu adalah pengalaman yang tak dapat dimana-mana... 
Setakat ini dulu tulisan saya.. semoga apa yang saya bagi ni dapat lagi anda semua paham tentang tujuan kita berblogging ini.... Ampun dan maaf jika ada salah salah kata dari awal tadi hendaknyaa..
JANGAN LUPA BERKONGSI DENGAN RAKAN-RAKAN ANDA TENTANG INI
TERIMA KASIH.
Sekian kita jumpa lagi....

Category:

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

1 Komen Penyokong

  1. anyss says:

    Assalamualaikum,
    terima kasih dengan perkongsian ini