Support

7 Sebab badan anda perlu ambil Supplemen.

Darulamanku Live | 7:42 AM | 1 Komen Penyokong


1 -Kita sering terdedah dengan pencemaran alam sekitar
Dari saat anda menghidupkan enjin kereta anda telah pun terdedah kepada pencemaran. Tahukah anda pemeluwapan dari bahan-bahan didalam kereta terutama dari dashboard kereta anda itu mengandungi bahan kimia berbahaya? YA, ia mengandungi karsinogen, sejenis bahan kimia toksik yang boleh menyebabkan kanserBagaimana pula dengan Cat rumah! Asap Rokok! Asap kenderaan! Jika di senaraikan semua puncanya, nanti ada pula yang memakai sut pelindung dan berkurung didalam rumah.

2 - Tubuh badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien
Apabila tubuh badan kita tidak sihat, kita memerlukan lebih nutrient yang membekalkan antioksidan dan menigkatkan imun sistem seperti Vitamin C, Vitamin E dan lain-lain. Sekiranya kita mengalami kecederaan, pengambilan nutrien protein adalah sangat crucial bagi membantu proses baik pulih sel yang rosak dan proses penghasilan sel-sel baru.Untuk Ibu-ibu hamil dan ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, jumlah nutrien harian yg diperlukan adalah lebih tinggi dosnya berbanding dengan individu yang tidak hamil atau menyusukan.

3 - Buah-buahan dan sayur-ayuran mungkin terjejas atau tercemar
Manusia lazim memilih sayuran atau buah-buahan yang tampak segar tanpa cela apabila membeli di pasaraya. Tahukah anda, kebiasaannya sayuran dan buah-buahan yang anda nampak lazat dan fresh itu boleh mengundang bahaya? Kebanyakan sayuran dan buah-buahan yang terdapat dipasaran kini diselaputi dengan racun serangga yang berbahaya dan bahan pengawet untuk membolehkan ia bertahan lama. Penggunaan baja kimia pula kini semakin meluas digunakan.Pastikan anda memilih sayuran atau buah-buahan yang ditanam secara ORGANIK.

4 - Mengamalkan gaya hidup tidak sihat
Waktu berkerja lazimnya bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir seawal jam 5 petang (8 jam waktu berkerja dan 1 jam waktu rehat). Namun apa yang jelas kini, terutama bagi warga kota keluar rumah seawal jam 7 bersesak didalam LRT atau menyerah diri pada kesesakan di jalan raya dan pulang pula sehingga lewat jam 9... tiba dirumah setelah bersesak jam 10 malam...WOW!!
Bersesak dalam LRT = STRESS
Jalan Jammed = STRESS
Kerja Banyak = STRESS

STRESS ---> Membawa kepada kemusnahan Vitamin B dan Vitamin C kerana kedua-dua vitamin ini sangat FRAGILE! Bila pulang jam 10, kemudian anda semua dinner? hehehe... Inilah punca ramai yang perut boroi dan ia semakin menjadi kelaziman. Tidak cukup dinner, tambah dengan supper di Uptown/downtown.

Makan lewat malam = pengumpulan lemak berlebihan + peningkatan cholestrol = BOROI
Dan rutin harian inilah yang terus dan terus anda lakukan...jadi tidak hairanlah penyakit High BP dan High Cholestrol kini mula menyerang individu diperingkat umur yg masih muda.

5 - Kebanyakan rakyat Malaysia makan ikut selera rasa
Nasi lemak lazimnya dimakan diwaktu pagi untuk dijadikan santapan sarapan pagi. Namun kerana kelazatannya dan lemaknya nasi itu, ia kini dinikmati tidak kira masanya. Pelbagai gaya nasi lemak yang kita boleh dapatkan 24 jam terutama di kedai2 mamak. Fast Food pula kini menjadi budaya rakyat Malaysia. Jika dulu susah nak cari Fast Food sekarang kiosknya tumbuh bagai cendawan selepas hujan.. SEDAP dan CEPAT!
Bagi yang membesar di Melaka atau negeri sembilan, masakan berbasekan santan adalah suatu kemestian. Pertambahan calori amatlah mudah ya, manakala untuk membakarnya pula mengambil masa yang lama dan bergantung pula aktiviti apa yg dilakukan.

6 - Gangguan Penyerapan Nutrisi daripada Makanan
Anda penggemar makanan/minuman berkaffein? Tahukah anda kaffein boleh menghalang penyerapan Vit D dan Calcium kedalam tubuh? Ia juga turut menganggu menyerapan penyerapan beberapa nutrient penting dalam tubuh.

7 - Kehilangan nutrien dalam makanan
Mungkin anda rasa anda telah berikan yang terbaik buat keluarga anda. Menyediakan makanan kegemaran suami dan anak-anak adalah perkara yang sangat menyeronokkan. Tapi, adakah anda pasti anda berjaya mengekalkan nutrisi yang terdapat di dalam makanan tersebut? Bahan-bahan segar dari ladang akan kehilangan nutrisi ketika proses pengasingan, pembungkusan dan penghantaran. Kemudian, sampai dirumah disimpan di dalam peti sejuk - hilang sedikit nutrisi lagi.. sayuran dipotong dan terdedah akan penyebabkan pengoksidaan vitamin c, hilang nutrisi lagi.. cara memasak? menggoreng? memasak terlalu lama? jadi apa pula yang tinggal ya?

Category:

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

1 Komen Penyokong

  1. badan kita memang terdedah dengan bahan kimia yg kita sama sekali tidak nampak ....