Kemaskini Terbaru

Air Ketum Boleh Bawa Maut.

Assalamualaikum,
Hari ini saya nak berkongsi cerita sikit tentang kebaikan dan keburukan ayaq ketum nii... ini kisah benar dan betul-betul bukan cobaan... kes dimana mengamalkan ayaq ketum hari-hari boleh bawa maut...

satu kes telah berlaku di kawasan taman aku kat kedah nii.. dimana seorang pengamal ayaq ketum ni telah meninggal dunia... tapi ramai yang dah tau yg simati ni memang ada banyak penyakit sebab utama yang  dia boleh mati adalah disebabkan oleh getah ketum, percaya atau tidak... 
Info ini diberikan oleh doktor yang membuat bedah siasat keatas simati tersebut... apa yang dia nampak adalah semua saluran yang ada dalam badan telah tersumbat oleh getah-getah dari ketum yang diamalkann tu .... mula2 aku pn tak percaya ... tapi bila dah doktor cakap sendiri takkan nak was-was lagi...
Jadi kat sini pn kita nampak bahaya ayaq ketum nii.... sekali sekala tu boleh la minum kalau hari2 mcm tu lah jadinya.. Janganlah kita seksa diri kita yang lemah nii... ok...
Beringatlah kawan-kawan tu saja yang dapat dikongsi untuk hari ni.. maaf jika ada salah dan silap yee... wassalam

Pokok ketum tumbuh semulajadi di hutan-hutan seperti di Perak, Kedah, Perlis dan Trengganu. Nama saintifiknya Mitragyna specios dari keluarga Rubiaceae.
Di sesetengah tempat ketum dipangil pokok biak.

Masyarakat tradisi mengunakan daun ketum untuk membantu menambah tenaga atau mengembalikan kesegaran selepas penat berkerja. Ia dimakan secara segar seperti mengunyah daun sirih.
Daun yg belum diproses
Daun yang siap diproses
Daun ketum juga digunakan untuk merawat ketagihan dadah, tetapi penggunaan yang berlebihan boleh memberi kesan ketagihan terhadap bahan berkenaan.
Daun ketum yang dikeringkan dan direbus digunakan untuk mengembalikan tenaga batin. Selain dari dikunyah segar, rebusan daun yang kering juga digunakan sebagai tonik untuk menghilangkan rasa lesu selepas berkerja, lenguh-lenguh, radang, kejang otot sakit-sakit sendi dan lelah.
Rebusan daun kering dan akarnya pula digunakan bagi melegakan penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Kongsi:

0 Ulasan Untuk Artikel- "Air Ketum Boleh Bawa Maut."

Menarik Disini

Pilihan Editor

Lain-Lain