Support

Gadis Jual Tubuh di Laman Sosial?

Darulamanku Live | 11:06 PM | 0 Komen Penyokong


Kuala Lumpur: Berdasarkan maklumat daripada Sally dan Tina, wartawan Metro Ahad melakukan pemantauan kira-kira seminggu di laman sosial Facebook (FB) untuk mengesan kegiatan tidak bermoral dalam kalangan gadis, termasuk yang masih bersekolah.
Hasilnya, wartawan menemui lebih 50 pengguna FB membabitkan gadis belasan tahun sehingga pertengahan 20-an yang mempromosi diri menerusi laman sosial itu dengan bermodalkan gambar seksi didakwa milik mereka untuk tujuan pelacuran. 
Puluhan gambar seksi dipaparkan di laman sosial terbabit, malah ada antara mereka tanpa segan silu memuat naik gambar separuh bogel bagi tatapan lelaki miang.

Taktik itu dipercayai antara cara pemilik FB terbabit menarik perhatian lelaki yang dahagakan seks. Malah, kebanyakan pemilik akaun FB itu mempunyai ribuan pengikut, terutama lelaki, kerana taksub dengan gambar dipaparkan.

Meskipun kelihatan mudah ‘menjual’ diri menerusi laman sosial terbabit, mereka tidak meletakkan harga secara terang-terangan di dinding (wall) laman sosial itu, sebaliknya lebih gemar tawar menawar melalui mesej.

Sumber Harian Metro.

Category:

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 Komen Penyokong