Support

Bersantai Di Pekan Rabu Alor Setar.

Darulamanku Live | 5:53 PM | 0 Komen Penyokong


Pekan Rabu yang terletak di tengah-tengah bandar Alor Setar, memang tidak asing lagi di kalangan penduduk tempatan ataupun luar negeri Kedah. Kompleks perniagaan orang-orang Melayu yang tersergam indah itu merupakan lambang kemegahan bukan sahaja kepada peniaga-peniaga bumiputera di Kedah, bahkan menjadi kebanggaan kepada seluruh masyarakat bumiputera di Kedah. 


  • Apatah lagi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir sendiri pernah berniaga di situ. Bagi pelancong-pelancong, sekiranya mereka singgah ke Alor Setar, semacam tidak cukup syarat, jika tidak singgah atau membelah-belah di Kompleks Pekan Rabu.

  • Dengan bantuan pinjaman dari pihak MARA, sebuah kompleks yang berharga RM 3.2 juta telah dapat dibina pada tahun 1975 dan diubahsuai pada tahun 1995 dengan belanja RM 6.5 juta. Kompleks perniagaan yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim ini telah di rasmikan pembukaannya oleh YAB Datuk Seri Dr. Mahathir pada 25 Februari 1978 (Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada masa itu).

  • Sebelum Kompleks Pekan Rabu ini wujud, peniaga-peniaga di situ hanya berlindung di sebuah bangunan yang terbuka, tanpa dinding dengan tempat berniaga yang agak berselerak dan tidak teratur. Dan kini Kompleks Pekan Rabu yang mengandungi 347 buah kedai yang menjalankan berbagai jenis perniagaan telah berjaya menjadi sebahagian daripada mercu tanda bandar Alor Setar.


Suasana Pekan Rabu tahun
30an di Tanjung Chali

Pekan Rabu Lama
dibina tahun 1932


_________________________________________________________________________________

Pekan Rabu " LAMA"  sebelum dibina bangunan yang sedia ada sekarang

  • Pekan Rabu mempunyai sejarah tersendiri dalam usaha menggalakan penyertaan bumiputera bergiat dalam bidang perniagaan yang menjadi minat masing-masing.  Kegiatan perniagaan Pekan Rabu bermula sejak selepas Perang Dunia Pertama atas inisiatif YTM Tunku Yaacob, seorang Putera Diraja Kedah, supaya orang-orang melayu dapat terus menjalankan perniagaan dalam bandar. 

  • Ianya bermula dari pasar minggu di Tanjong Chali, yang terletak dipersinggahan antara Jalan Pekan China dan Jalan Pengkalan Kapal di bandar Alor Setar.

  • Tanjong Chali merupakan sebuah tapak bagi melatih orang-orang Melayu di dalam perniagaan. YTM Tunku Yaakob telah mengasaskan kawasan perniagaan ini menjadi pasar minggu di situ pada setiap hari Rabu sahaja pada awal 1920 an. Perniagaan mingguan ini kemudiannya berkembang maju dan berlangsung pada setiap hari. Ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa memindahkan Pekan Rabu ini ketapak barunya yang ada sekarang pada tahun 1932 kerana kawasannya menjadi sempit akibat perkembangan perniagaan yang di jalankan.
________________________________________________________________________



KRONOLOGI

Tahun 1920
Almarhum Tunku Yaacob ibnu Almarhum Sultan Abdul Hamid telah mengasaskan Pasar Minggu di Tanjung Chali.

Tahun 1932
Pekan Rabu di Tanjung Chali telah berpindah ke Jalan Tunku Ibrahim

Tahun 1940
Pejabat Daerah Kota Star menubuhkan 'Kampung Kraf' dengan menjadikan Pekan Rabu sebagai tempat 
pemasaran.

Tahun 1950
Syarikat Bekerjasama-sama Kebajikan 'Am Pekan Rabu Alor Setar Tanggongan Berhad ditubuhkan.

Tahun 1957
Kerajaan meluluskan kawasan baru di hadapan Pekan Rabu yang dinamakan Pasar Yaakub
Nama syarikat dipinda kepada  Syarikat Perniagaan dan Pasaran Melayu Bekerjasama Alor Setar Tanggungan Bhd.

Tahun 1968
Bilangan ahli ialah 250 orang yang menjalankan 22 jenis perniagaan.

Tahun 1971
Bilangan ahli meningkat kepada 401 orang.
Peniaga Pasar Yaakub sebanyak 13 orang berpindah ke Pasar Serbanika.

Tahun 1974
Bilangan Ahli ialah 250 orang yang menjalankan 22 jenis perniagaan.

Tahun 1976
Pada 22 Oktober 1976 jam 12.15 malam kebakaran telah berlaku di Pekan Rabu Sementara. Seramai 126 orang telah kehilangan harta benda. Tiga barisan bangunan sementara telah musnah dijilat api. Jumlah kerugian dianggarkan RM 1/2 juta.

Tahun 1978
25 Februari 1978
Bangunan Kompleks Pekan Rabu telah dirasmikan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad (Timbalan Perdana Menteri ketika itu).
10 Oktober 1978
Y.A.B. Dato' Seri Syed Nahar Shahabudin, Menteri Besar Kedah telah melawat Kompleks Perniagaan Pekan Rabu.
4 Disember 1978
DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung melawat Kompleks Pekan Rabu.

Tahun 1988
Projek Pekan Rabu Fasa II dimulakan dengan kos RM 2 juta.

Tahun 1990
Projek bangunan Pekan Rabu Fasa II telah siap dan 73 buah gerai telah disediakan.

Tahun 1995
YAB Dr. Mahathir telah meluluskan RM 6.5 juta melalui Kerajaan Negeri untuk mengubahsuai bangunan Pekan Rabu. Peniaga-peniaga telah dipindahkan sementara di hadapan Panggung Empire dan di Kawasan Lapang 
hadapan Bank Bumiputra.

Tahun 1996
16 September 1996
Pengubahsuaian bangunan Pekan Rabu telah siap dan peniaga-peniaga telah kembali ke bangunan baru

Tahun 2000
5 Ogos 2000
Y.A.B. Menteri Besar Kedah merasmikan Karnival Beli Belah Pekan Rabu.
14 Ogos 2000
YAB. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad melancarkan buku Che' Det & Pekan Rabu.
29 September hingga 2 Oktober 2000
Expo Perdagangan Koperasi Peringkat Negeri Kedah
Perasmian oleh YB Tan Sri Datuk Kasitah Gadam, Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi.
1 Oktober 2000
Lawatan KDYMM Tuanku Sultan dan Sultanah Kedah ke Kompleks Pekan Rabu.
23 Oktober 2000
Majlis menandatangani Dokumen Perjanjian Penyerahan Kompleks Pekan Rabu oleh MARA kepada Koperasi Pekan Rabu diantara Pengerusi Koperasi Pekan Rabu dan Pengarah MARA Negeri Kedah dengan disaksikan oleh Wakil Menteri Besar Kedah YB Prof Dato' Dr Hj Othman Ishak.

Tahun 200118 April 2001
Majlis Pecah Tanah Projek Cek Det Mall, Cek Det Walk dan Dataran Sungai Raja.
Perasmian disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato' Menteri Besar Kedah.


Pekan Rabu Tahun 2003 sehingga Sekarang.
_______________________________________________________________________________

ANTARA YANG MENARIK MENGENAI PEKAN RABU
  • Mantan Perdana Menteri Malaysia ke 4 YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah berniaga di sini.
  • Tiap kali beliau membuat lawatan atau pulang ke Kedah Perdana Menteri tidak pernah ketinggalan melawat ke Pekan Rabu.
  • Pasar Ramadhan akan diadakan di sekeliling bangunan Pekan Rabu pada setiap kali menyambut bulan puasa.
  • Lelongan kuih raya akan diadakan pada setiap malam Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha.
  • Hari Sabtu dan Ahad merupakan hari yang paling sibuk dan ramai dikunjungi pelawat samaada tempatan ataupun dari luar.
  • Pekan Rabu pernah menjadi tempat pertemuan pejuang-pejuang kemerdekaan Negeri Kedah untuk melancarkan gerakan perjuangan mereka.

_______________________________________________________________________

Kemudahan Yang Disediakan
 Surau
 Tandas
 Berhampiran stesen teksi, bas, bank dan hotel
 Telefon Awam
 Mesin Autoteller
 Jejantas Ke Komplek Pekan Rabu
 Tempat letak kereta
_______________________________________________________________________________

  • Pekan Rabu pada dasarnya adalah pusat perniagaan untuk peniaga-peniaga kecil Bumiputera. Untuk menjalankan perniagaan di sini, perlulah menjadi ahli Koperasi Pekan Rabu. Mereka yang bukan ahli boleh juga berniaga dengan menyewa lot-lot kedai daripada ahli Koperasi Pekan Rabu. Kadar sewa yang dikenakan ialah antara RM 90 – RM 300 sebulan.

  • Terdapat berbagai-bagai jenis perniagaan yang di jalankan di Kompleks Pekan Rabu, dari hasil tanaman keluaran kampung sehingga ke perniagaan yang agak komersial dan bertaraf antarabangsa. Kedai-kedai yang terdapat di sini mula beroperasi mulai jam 8.00 pagi hingga ke 9.00 malam, pada tiap-tiap hari termasuk pada hari cuti umum atau perayaan.


  • Di Fasa 1 terdapat 5 tingkat kedai perniagaan yang mengandungi 274 buah gerai, manakala di Fasa 2 juga terdapat 5 tingkat kedai yang mengandungi 73 buah gerai.

Perniagaan yang terdapat di Kompleks Pekan Rabu ini ialah :-


1. Kedai Pakaian13. Kedai gunting rambut
2. Kedai Makanan / Minuman14. Kedai Muzik
3. Kedai Barang-barang Kemas15. Kedai Jam
4. Kedai Buah-buahan16. Kedai Ikan Kering
5. Kedai sayur-sayuran dan ulam-ulaman.17. Kedai Sekolah Memandu
6. Kedai kuih muih ( kering atau basah)18. Kedai Cermin dan Frame
7. Kedai Buku atau majalah dan akhbar19. Kedai Gigi
8. Kedai Kraftangan20. Kedai Alat Permainan
9. Kedai Pinggan Mangkuk21. Kedai Cermin Mata
10. Kedai Ubat Tadisional22. Kedai Beg
11. Kedai Alat-alat perhiasan dan kosmetik23. Kedai Peralatan Haji
12. Kedai Tukang Jahit24. Internet-Cafe




Peranan Pekan Rabu Dalam Membangun Ekonomi Orang Melayu

  • Membantu dan mempertingkatkan pencapaian peniaga-peniaga Melayu.
  • Menyatupadukan peniaga-peniaga Melayu di bawah satu bumbung.
  • Membantu peniaga-peniaga Melayu bersatu tenaga secara kolektif bagi merebut peluang-peluang perniagaan untuk bersaing dengan bangsa-bangsa lain.
  • Masalah ketiadaan tempat atau ruang berniaga di kalangan peniaga-peniaga Melayu dapat diatasi.
  • Berjaya melahirkan ramai pemborong dan peniaga-peniaga Melayu.
  • Barangan keluaran kampung / tempatan berjaya diketengahkan ke pasaran luar.
  • Aktiviti perniagaan orang Melayu menjadi tersusun dan terurus di segi pemasaran dan prasarana.
  • Menjadi pusat tarikan pelancong dari segi perdagangan dan keunikannya.


Category:

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 Komen Penyokong