Support

CERITA DI SEBALIK 5 JENAMA TERKENAL DI DUNIA.

Darulamanku Live | 7:38 PM | 0 Komen Penyokong

Produk yang telah memberikan dunia rasa yang paling terkenal telah dilahirkan di Atlanta, Georgia, pada 8hb Mei 1886. Siapakah pengasas syarikat jenama tersohor ini? 
Ramai tidak akan menyangka bahawa Dr. John Stith Pemberton, seorang ahli farmasi sebenarnya tidak dilahirkan dalam golongan yang kaya raya. 

Selepas pengalaman dan kecederaan beliau di medan perang sekitar tahun 1860-an, Dr. Pemberton bertekad mengaplikasi pengetahuannya dalam bidang farmasi dan melaburkan semua wangnya untuk penyelidikan dan mencipta sejenis minuman tonik. 


Pada waktu tersebut permintaan terhadap ubatan dan tonik sedang meningkat diseluruh Amerika Syarikat. Berbekalkan semangat yang kental, beliau memulakan penjualan minuman sirap bercampur air berkarbonat yang diberi nama Coca-Cola di kaunter sebuah farmasi. 
yang amat serasi ditambah pula dengan tema yang sesuai iaitu “Yang Lazat Dan Menyegarkan” menarik perhatian orang ramai untuk membelinya. 

Apatah lagi, segelas Coca-Cola pada waktu itu hanya dijual pada harga lima sen sahaja! Dr. Pemberton juga tidak menyedari bahawa minuman ciptaannya berpotensi untuk berjaya dan terkenal di seluruh dunia seperti hari ini. Hari ini bernilai AS70.5 bilion.


Stanford University menjadi saksi bagaimana kisah dua pelajar Sergey Brin dan Larry Page bertemu pada asalnya hanya untuk sesi suai kenal berlanjutan hingga penubuhan perniagaan yang mencecah nilai AS43.6 bilion. 

Kedua sahabat yang merupakan pelajar jurusan sains komputer berkolaborasi untuk mencipta sistem enjin pencarian yang mereka gelarkan BackRub. Seterusnya nama sistem tersebut ditukar kepada Google iaitu nama yang diadaptasi daripada Googolyang bermaksud nombor 1 diikuti 100 kali nombor 0 dibelakangnya. 

Pada awalnya Google beroperasi menggunakan kemudahan universiti. Selepas setahun beroperasi, Brin dan Page terus berusaha memajukan Google walaupun merasa tertekan dan mengganggu pelajaran dan pencapaian di universiti. 

Pada tahun 1998 mereka mendapat bayaran untuk bekerja memajukan Google di bahagian garaj kereta rumah seorang rakan mereka. Untuk mendapat dana, mereka membuat tawaran untuk menjual Google kepada syarikat yang lebih dikenali pada waktu itu. Akhirnya sekitar tahun 1999,Google mendapat tawaran dana tambahan sebanyak AS25 juta.

________________________________________________________________________

Steve Jobs, Steve Wozniak dan Ronald Wayne merupakan pengasas Apple. Sekarang Apple bernilai AS21.1 bilion. Mereka bertiga bermula membina komputer daripada pelbagai bahagian yang berasingan dengan hasil tangan sendiri. Mereka bekerja siang dan malam untuk menyiapkan setiap pesanan. Selepas pesanan yang ke 50, Ronald Wayne membuat pelaburan di dalam Apple.

________________________________________________________________________


Samsung mula beroperasi sebagai kedai runcit yang dibuka oleh Lee Byung-chul pada tahun 1938.Perniagaannya bertambah maju dan ibu pejabat Samsung dipindahkan ke Seoul pada tahun 1947. Tetapi Lee terpaksa meninggalkan perniagaannya apabila perang Korea bermula.

Lee tidak pernah berputus asa dan memulakan kilang penapisan gula serta kilang bulu pula. Nasib Lee agak baik apabila Presiden Korea telah melaksanakan polisi untuk melindungi perniagaan seperti Samsung pada tahun 1960-an. 

Syarikat asing tidak dibenarkan menjual barang-barang elektronik di Korea. Langkah ini telah memberi Samsung kelebihan dalam perniagaan barang-barang elektronik kerana tidak ada pesaing selama 18 tahun semasa pemerintahan Presiden Park Chung-hee..

________________________________________________________________________



Nokia bermula dengan perniagaan kertas yang juga merupakan alat untuk berkomunikasi. Fredrik Idestam seorang anak jati Finland telah membina kilang kayu pulpa di sepanjang tebing Sungai Tammerkoski dalam tahun 1865. 


Beliau ialah seorang jurutera dan telah mengaplikasi pengetahuan dan kepakarannya dalam bidang kejuruteraan untuk memproses kayu dan menghasilkan kertas dengan harga yang murah.

 Proses ini merupakan suatu revolusi kepada industri pembuatan kertas pada waktu itu. Fredrik memenangi pingat gangsa di Ekspo Dunia di Paris pada tahun 1867. Selepas satu abad proses penggabungan dan pengambil alihan beberapa syarikat,Nokia mula melibatkan perniagaannya dalam bidang komunikasi mudah alih sekitar awal tahun 1980-an. 

Kini Nokia bernilai kira-kira AS29.5 bilion.

Category:

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 Komen Penyokong