Support

.::5 Tips Keselamatan Tinggalkan Rumah Balik Raya::.

Darulamanku Live | 7:55 PM | 0 Komen Penyokong

Tips ni boleh diamalkan pada bila-bila masa bila kita plan nak bercuti dalam tempoh yang lama. Tak nak cerita panjang, jom kita tengok 5 tips keselamatan tinggalkan rumah untuk balik kampung sempena Hari Raya nanti.


1. Tips yang pertama ni benda biasa tapi sering dipandang remeh. Gunakan padlock yang tahan umpil, yang padu skit. Jangan la pakai yang jenis biasa-biasa. Laburkan sikit duit untuk protect harta yang lebih bernilai dalam rumah tu.. 

2. Pasanglah alat kunci tambahan selain padlock tu tadi. Tambahlah rantai kat pintu pagar. Guna je yang besar kapal pun takpe.. 

3. Gunalah auto timer untuk nyalakan lampu bahagian depan dan belakang rumah. Kalau untuk rumah flat atau apartment memadai guna auto timer untuk nyalakan lampu bahagian ruang tamu. Setkan lampu agar diaktifkan pada jam 6:30 petang sampai 7:00 pagi. Pada yang berkemampuan, pasanglah Sistem Penggera


4. Inform la jiran berdekatan yang tak balik kampung tu tarikh ketiadaan korang. Bagi sekali  nombor handphone agar mudah dihubungi kalau ada emergency kat rumah anda. 

5. Pada anda yang ada bela binatang, sebaiknya bawak la sekali. tapi kalau keadaan tak mengizinkan korang untuk bawak sekali, korang boleh tinggalkan kat pusat jagaan haiwan peliharaan. Jangan tinggalkan macam tu je...mati kebulur pulak binatang kesayangan tu...




Harap anda semua beringat yaa... SELAMAT HARI RAYA..

Category:

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 Komen Penyokong