Support

.::Kanak-kanak mati ditinggal dalam kereta::.

Darulamanku Live | 10:08 PM | 0 Komen Penyokong

Salam Ramadhan & Selamat Hari Raya Aidil Fitri diucapkan..
Anak-anak adalah anugerah yang tak terhingga nilainya.. tapi kita mengabaikan mereka.. Jom renung sat artikel dari harian metro hari ini tentang kanak-kanak yg mati dalam kereta.. 
Sama-samalah kita fikir dulu apa yang hendak kita lakukan...

SUBANG JAYA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dipercayai lemas di dalam kereta ibunya selepas ditinggalkan selama lebih lima jam, di sebuah sekolah, di sini, semalam.
Mangsa, Nawal Iris Shamsudin ditemui ibunya, Norzatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dalam keadaan kebiruan kira-kira jam 5.30 petang sebelum dibawa ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia. 
Sebelum kejadian itu, Norzatusy Hazwa menghantar adiknya di Lapangan Terbang Subang sebelum terpaksa bergegas ke sekolahnya untuk menghadiri mesyuarat. 
Beliau yang tergesa-gesa dikatakan tidak menyedari anaknya tidur di bangku belakang kereta. 
Apabila kembali ke keretanya, Norzatusy Hazwa terkejut mendapati anaknya terbaring di bangku belakang dalam keadaan kebiruan dan kaku. 
Mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
Al-fatihah untuk adik nawal.
Wassalam..

Category:

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 Komen Penyokong