Support

.::Kedah wartakan pengharaman shisha::.

Darulamanku Live | 4:53 PM | 0 Komen Penyokong

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah sedia mewartakan pengharaman shisha selepas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam memutuskannya sebagai haram.
 
Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia, Pelancongan, Mohd Rawi Abd Hamid berkata, perkara tersebut akan dibawa ke mesyuarat Exco untuk mendapatkan persetujuan sebelum diwartakan.




Mohd Rawi Abd Hamid
Mohd Rawi Abd Hamid

 
“Kita akan berbincang pada mesyuarat Exco akan datang untuk putuskan sama ada pengharaman itu perlu diwartakan atau sebaliknya.
 
“Dalam masa sama, kita perlu dapatkan pandangan Mufti Kedah, Datuk Syeikh Mohamad Baderudin Ahmad terlebih dahulu sebelum menguatkuasakannya,” katanya kepada Sinar Harian.
 
Menurutnya, jika ia diwartakan, maka hukuman dan tindakan tertentu boleh dikenakan kepada mereka yang terlibat dalam sebarang aktiviti penjualan atau menghisapnya.
 
Semalam, Sinar Harian melaporkan bahawa muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam yang diadakan pada 17 Julai lalu bersetuju memutuskan bahawa Shisha adalah haram.
 
Menurut laporan itu, Pengerusinya, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, keputusan dibuat setelah mendengar pandangan dari kementerian kesihatan dan penelitian beberapa aspek yang boleh memberi kesan kepada pembangunan ekonomi dan pembentukan generasi.


Sumber: Sinar Harian

Category:

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 Komen Penyokong