Support

.::Keenakan popia Jamal Aloq SetaQ::.

Darulamanku Live | 10:09 PM | 0 Komen Penyokong

Alor Setar adalah lubuk pelbagai makanan utara yang membuka selera. Justeru, jika tiba ibu negeri Kedah pada waktu malam, mencari lokasi menjamu selera bukan satu masalah.
Antara destinasi harus dikunjungi ialah menikmati Popia Jamal. 
Popia warisan turun temurun tiga generasi ini memiliki sejarah tersendiri kerana dulunya ia pernah diusahakan secara kecil-kecilan di warung di tepi bangunan Mahkamah Tinggi lama. 

Hingga kini, Popia Jamal masih diminati dan anda pastinya akan terkilan jika tidak singgah menikmatinya jika berada di bandar itu.
Dulunya, Popia Jamal ini diusahakan Pak Jamal lebih 60 tahun sejak 1952 dan kini ia diwarisi anaknya Fakir Mohamad Jamal, 38.
Sambutan ramai terhadap Popia Jamal ini mendorong Fakir membuka beberapa cawangan sekitar Alor Setar menjadikan Popia Jamal sebagai makanan popular Kedah. 

Fakir bersama ayahnya, Pak Jamal, 80, gigih menyiapkan kuah popia dan intinya yang dibuat sendiri Pak Jamal. 

Menurut Fakir, Popia Jamal ini lain daripada popia lain kerana resipi pembuatannya adalah resipi turun-temurun. 

“Untuk menghasilkan Popia Jamal ini, bapa masih mengekalkan resipi asal membuat kuah popia mengikut resipi datuk, Kadir Maidin. 

“Justeru, keistimewaan dan keenakan Popia Jamal kerana kuahnya yang digemari pelanggan sejak dulu lagi,” katanya. 

Mengenai inti Popia Jamal ini, ia adalah campuran ubi sengkuang, kacang panjang, lobak merah dan tauge. 


Kulit popia yang digunakan pula dibuat sendiri oleh anak-anaknya dengan menggunakan 10 kilogram tepung gandum sehari untuk 500 hingga 800 biji popia dan semua itu habis dijual di cawangan popia Jamal setiap hari. 

Keenakan Popia Jamal ini bukan saja menjadi kegemaran pelanggannya tetapi ramai menempah untuk majlis kenduri kahwin, jabatan kerajaan serta orang kenamaan. 

Terbaru, Popia Jamal menjadi salah satu hidangan di majlis jamuan rakyat di Stadium Suka Menanti yang dihadiri warga Alor Setar bersama exco kerajaan dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz dan Datuk Paduka Haji Ahmad Bashah Mad Hanipah. 

Popia Jamal menyertai Karnival dan Pesta Makanan di Gunung Keriang, Alor Setar anjuran pihak Muzium Negeri Kedah serta Karnival Kahwin-Kahwin 2013 yang dihadiri oleh Tuanku Puteri Intan Syafinaz. 

Sambutan memberangsangkan itu mendorong Fakir membuka cawangan di Langkawi. 

Terbaru Fakir bersama anaknya, Benazir Nisa, 17, mengadakan demo membuat popia di perkarangan Sri Pentas, TV3 dalam Rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) sempena Hari Bapa. 

Popia Jamal juga boleh dinikmati di cawangan seperti Medan Selera Tesco Mergong, Medan Selera Tesco Stargate dan Kios Persiaran Sultan Abdul Hamid. 


Selain itu, Pak Jamal sendiri mengendalikan kedai di bawah Bangunan Mara, Jalan Putra, Alor Setar Kedah. 

haa ni la popiah kegemaran tukang blogger darulamanku... balik aloq staq mesti p cari... jom pakat2 cuba yaa...

Selamat Mencuba.....




Category:

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 Komen Penyokong