Support

.::Mandi malam bukan punca PE (Pulmonari Edema)::.

Darulamanku Live | 4:41 PM | 0 Komen Penyokong



Mitos mandi malam “Ali, jangan suka mandi malam nanti sakit. Mandi malam buat paru-paru kamu masuk air, dengar kata ibu,” nasihat seorang ibu kepada si anak.
Aktiviti mandi waktu malam sering dilabelkan dengan penyakit paru-paru berair. Apakah benar salah faham ini dan wujudkah penjelasan saintifik untuk merungkaikan isu yang masih diura-urakan sehingga kini?

Penjelasan konsep sebenar paru-paru berair
1. Pulmonari Edema (PE)
-Tidak, mandi malam tidak memudaratkan kesihatan mahupun mendatangkan penyakit paru-paru berair, yang dikaitkan dengan masalah Pulmonari Edema dan pneumonia.
PE merujuk kepada masalah pengumpulan air berlebihan pada ruang antara tisu dan organ. Ini menyebabkan bahagian berkenaan kelihatan berair serta bengkak, justeru mengundang salah faham ramai yang tidak peka dan kurang inisiatif dalam pencarian sebenar dunia perubatan.

PE diakibatkan kecederaan pada permukaan paru-paru dan kegagalan fungsi bahagian kiri (left ventricle) jantung. Ia tidak disebabkan oleh jangkitan atau kemasukan wap air ketika mandi. Perkara ini tidak mudah seperti apa yang bermain dalam fikiran pembaca yang mempercayai salah faham mandi malam.

Peredaran darah di kawasan jantung adalah cepat, berterusan dan didorong daya penggerak (momentum) yang konstant (tetap). Bayangkan tiba-tiba jantung berdenyut terlalu kencang atau perlahan. Tekanan pada pengaliran darah yang sepatutnya tetap akan terganggu. 

Gangguan pada tekanan (interstitial pressure) ini akan memaksa darah serta komponen lain terkeluar daripada salurannya. Apabila keadaan ini berlaku di paru-paru, tekanan berkenaan memaksa plasma darah meresap keluar ke ruangan interstitial, iaitu ruangan yang kosong di antara saluran darah dan tisu-tisu paru-paru.

Foto
2. Pneumonia

-Kita harus maklum, pneumonia berlaku akibat jangkitan bakteria streptococcus pneumoniae atau virus di paru-paru, yang menyebabkan keradangan (inflammation) berlaku. Pneumonia berbeza dengan PE.

Hidupan seni ini boleh hadir bersama titisan (droplet) dalam udara dan disebarkan menerusi air liur dan hingus pesakit. Pneumonia juga boleh diundang dalam penggunaan sesetengah ubat dan penyakit autoimmune seperti AIDS, ekzema, diabetes Melitus (tahap satu) dan banyak lagi. 

Impaknya, air akan terbentuk pada paru-paru akibat masalah kesihatan itu. 

3. Air atau lendir?

-Adakah pembaca sedar bahawa air dalam paru-paru tidak seperti air biasa pada paip? Air yang terbentuk berikutan masalah pneumonia atau PE, bukan 100 peratus air. Jangan sekali-kali kaitkan lendir pada paru-paru dengan air yang kita biasa minum, mandi mahupun terhirup ketika mandi malam.

Bagi kes pneumonia (jangkitan), air itu mengandungi peratusan nanah (pus) yang tinggi. Komposisi utama kandungan lendir paru-paru akibat PE (kecederaan peparu dan masalah jantung) ialah darah, bendalir tubuh (serous fluid) dan hanya sebahagian kecil atau tiada langsung nanah (pus). 

4. Khasiat mandi

Menurut sumber terkini pada 21 April lalu, 20 nyawa terkorban dan 70 mangsa lain bergelut menghadapi wabak H7N9 di China.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham menegaskan bahawa, tiada vaksin untuk penyakit itu. Walaupun tiada kes H7N9 di negara ini, rakyat wajar mempraktikkan amalan pembersihan diri seperti mandi dan membasuh tangan.

Proses mandian pada apa juga waktu tidak meningkatkan risiko jangkitan mahupun keradangan dan kecederaan pada paru-paru. Malah, aktiviti ini boleh mencegah pelbagai jenis jangkitan dengan teknik pembersihan menggunakan sabun.

Selain mampu menghalang H7N9, penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), H1N1 (Influenza A), SARS, dan pelbagai penyakit kulit seperti ekzema, psoriasis, dan dermatitis sentuhan juga mampu diatasi dengan aktiviti mandi.

Ia juga boleh bantu memulihkan ketahanan fizikal, mental dan emosi setelah seharian penat bekerja.

Mandi juga mengurangkan kesakitan otot (mandian air suam), usus berfungsi dengan lebih cekap untuk proses menyahkan toksin dan mengekalkan kulit yang sihat serta cantik.







Category:

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 Komen Penyokong